Showing posts with label fotografi. Show all posts
Showing posts with label fotografi. Show all posts

Monday, June 11, 2012

Wednesday, January 4, 2012

Najib & Eida 2011

Assalamualaikum.

Lama betul saya tak update blog ni. Kalau diibaratkan seperti rumah, memang dah bersawang teruk ni. Kat lantai pun mesti penuh dengan sayap kelkatu sebab tak disapu. Hahaha! Maaflah ye sebab lama tak mengisi ruang kosong di sini, ini semua gara-gara kerja hakiki yang perlu diselesaikan segera sebelum tahun 2012 menjelma.

Tapi sekarang 2012 sudahpun hadir. Selamat tahun baru kepada semua pembaca ye. Harap-harap tahun ni anda semua akan menjadi lebih berjaya dalam hidup masing-masing dan paling penting jangan lupa memohon keberkatan daripada Allah sebab Dia yang beri kita rezeki.

Alhamdulillah, tanpa disangka pada akhir tahun 2011, saya mendapat job yang boleh dikatakan job penutup tahun 2011 saya. Tak sangka, dah setahun saya berkecimpung dalam dunia perniagaan fotografi ini. Pada 24hb Disember 2011, kawan saya telah tawarkan satu job kepada saya untuk mengambil gambar majlis perkahwinan abangnya. Jadi tanpa ragu-ragu saya terus bersetuju untuk mengambil tawaran tersebut. Jadi di bawah ini saya paparkan beberapa keping gambar semasa majlis tersebut berlangsung.





Tuesday, November 22, 2011

Indahnya Dunia Kanak-kanak!


Assalamualaikum.

Sekali lagi, disebabkan urusan kerja yang begitu banyak, saya seolah-olah terlupa yang saya memiliki sebuah blog untuk hobi fotografi saya.

Jadi, pada kesempatan yang ada ini, saya telahpun memasukkan gambar-gambar terkini yang saya perolehi semasa Hari Raya Aidiladha yang lepas. Jadi, jangan buang masa, jom kita sama-sama layan gambar-gambar di atas ok! :-)

Jikalau ada dikalangan pembaca ingin bergambar seperti ini, anda bolehlah hubungi saya. InsyaAllah saya dapat membantu memenuhi hasrat anda. Hubungi saya di talian 017-4871417 (Izwan).

Wednesday, November 2, 2011

Aqiqah - Alya Fatihah






Assalamualaikum.

Lama juga saya tak kemaskini blog saya ni. Harap maaf la ye, saya sedikit sibuk sejak kebelakangan ini. InsyaAllah pada masa akan datang saya tak akan buat perangai macam ini lagi ye.

Foto-foto di atas ini ialah anak buah saya yang bernama Alya Fatihah bt Nor Zaidi. Ini ialah gambar semasa majlis cukur jambul dan aqiqah untuk bayi comel ini. Jadi, tak perlu la saya nak cerita panjang-panjang kat sini ye, layan saja gambar-gambar yang disediakan ini ye. Wassalam!

Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011 Part 1

Assalamualaikum.

Lama saya tak update blog ni. Jadi sempena Syawal yang bahagia ni, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan saya juga nak minta maaf jika sepanjang saya berblog ni saya ada buat salah dan silap. Sambil-sambil beraya tu, apa kata kita layan gambar-gambar yang telah saya ambil sempena raya tahun ni. Jom!







Thursday, August 11, 2011

Melancong ke Melaka





Assalamualaikum. Dah lama rasanya tak letak gambar dalam blog ni. Jadi, bila tak letak gambar, rasa macam bukan blog fotografi pula. Maka, sempena Ramadhan yang mulia ni, saya letaklah gambar-gambar berkaitan dengan lawatan saya ke Melaka pada bulan 6 yang lepas (dah 2 bulan berlalu baru nak letak? peh!). Jadi apa lagi, moh ler layan gambar-gambar saya yang tak seberapa ni.

Friday, July 1, 2011

Haniff dan Yati - 12 Jun 2011, Shah Alam

Assalamualaikum.

Seminggu selepas saya mengambil gambar untuk majlis perkahwinan pasangan mempelai ini di Sungai Petani, saya bergerak pula ke Shah Alam untuk majlis persandingan pihak lelaki pula. Jadi, boleh dikatakan pada minggu itu adalah minggu sibuk saya. Tapi tak mengapa, walaupun sibuk, saya seronok melakukan kerja-kerja yang saya minat.

Majlis persandingan sebelah lelaki ini berlangsung dalam suasana yang agak meriah, para hadirin memang ramai betul. Ditambah lagi dengan kumpulan nyanyian ghazal yang menyanyikan lagu-lagu siulan masa kini antaranya ialah lagu dendangan Maher Zain. Fuhh!

Jadi, tanpa membuang masa, saya rasa cukup sampai di sini saja saya berceloteh. Jom layan gambar-gambar di bawah ni dulu...







p/s: Nantikan promosi terbaru Izwan Photopreneur ye...

Saturday, June 25, 2011

Akan datang!

Assalamualaikum,

Akhirnya berjaya juga saya siapkan album pelanggan keempat saya. Kini tinggal untuk hantar ke tempat pemprosesan sahaja. Apa-apa pun, nantikan kemunculan gambar-gambar perkahwinan Haniff dan Yati di Shah Alam ok!

Tuesday, June 14, 2011

Yati dan Haniff - 4 Jun 2011

Assalamualaikum.

Jadi, kita berkesempatan untuk berjumpa sekali lagi di dalam blog ini. Alhmdulillah di atas kurniaanNya, saya berjaya mendapatkan job ketiga saya untuk majlis perkahwinan. Terima kasih diucapkan kepada Yati, iaitu kawan sepejabat saya kerana sudi memilih saya sebagai jurugambar untuk majlis perkahwinannya.

Sebenarnya pada awalnya saya pun tak sangka Yati akan memilih saya sebagai jurugambar majlis perkahwinannya kerana saya beranggapan Yati sudah mempunyai pilihan sendiri. Tetapi, mungkin ini rezeki daripada Allah, maka Yati bersetuju memilih saya untuk merakamkan gambar-gambar majlis perkahwinannya.

Majlis ini telah berlangsung pada 3 (akad) dan 4 (bersanding) Jun 2011 di Sungai Petani, Kedah. Keadaan cuaca di Kedah yang panas terik cukup memberikan cabaran kepada saya. Walaubagaimanapun saya tetap memberikan yang terbaik untuk pelanggan saya.

Jadi di bawah ini saya paparkan beberapa gambar yang telah saya pilih untuk tatapan anda semua. Semoga anda semua terhibur ok!



Orait. Untuk akan datang, saya akan tunjukkan gambar-gambar majlis persandingan di belah lelaki pula di Shah Alam. Harap bersabar yerrr!

Monday, March 14, 2011

Gambar Hari Ini #1

Assalamualaikum.

Saya kena jadikan update blog saya ni sebagai satu habit agar saya tidak akan lupa mengemaskini blog ini. Maka dengan ini, saya mengambil langkah inisiatif dengan mengadakan satu posting yang bertajuk 'Gambar Hari Ini'. Posting ini diadakan bertujuan untuk membantu saya dalam menjana idea fotografi saya agar saya mampu keluar dengan hasil foto yang lebih kreatif dan menarik. Jadi, untuk hari ini, saya telah pilih satu gambar untuk posting pertama 'Gambar Hari Ini'.


Kenapa saya pilih gambar ini? Ha, ini kerana senyuman yang diberikan oleh cicak ini. Mula-mula saya tak perasan pun yang cicak ni cuba memberikan satu senyuman, tapi, bila saya check semula dalam LCD kamera saya baru saya perasan yang cicak ini rupa-rupanya sudah memberikan satu senyuman yang cukup menawan. Moment seperti ini bukan kita boleh jangka, tanpa disedari sahaja ia boleh berlaku. Dengan matanya yang sepet (sama macam mata saya, hehehe!) dan senyumannya yang melebar, maka gambar ini telah saya pilih untuk posting pertama 'Gambar Hari Ini'.

Monday, February 28, 2011

Priceless Model

Baru-baru ini saya telah melawat I-City, sebuah taman yang dipenuhi dengan cahaya-cahaya menarik yang berwarna-warni. Kesempatan balik ke kampung saya gunakan untuk mengunjungi taman ini. Rugi rasanya jika berada di sini tetapi tidak mengambil sebarang foto. Maka dengan ini, saya telah meminta model saya iaitu model yang paling mahal di dunia. Naomi Campbell pun tak boleh fight bayaran dengan model ini. Model yang dimaksudkan ialah isteri saya sendiri. Hahaha! Harga kasih sayang seorang isteri itu sememangnya tiada tandingan.

Senjata yang digunakan: Canon EOS 1000D + 50mm F1.8


Friday, February 25, 2011

Percubaan Vintage Editing

Hari Jumaat, hari yang mulia ni, saya tengah bercuti, keseorangan di rumah. Wife pergi kerja, tapi saya saja minta cuti pasal nak balik kampung. Kampung jauh, kenalah simpan tenaga. Wife takpe, dia tak drive nanti, kerja dia tidur je dalam kereta. Hahaha! Jadi, bila seorang diri kat rumah ni, saya cuba belajar untuk edit gambar cara vintage/classic. Tanpa membuang masa, saya terus mencari tutorial photoshop untuk mencuba cara ini, dan di bawah adalah hasilnya.




Jikalau kamu semua nak belajar tutorial ni, boleh la ke SINI ok.

Sunday, February 20, 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.


Walaupun ketiadaan job untuk mengambil gambar-gambar perkahwinan, tetapi minat saya terhadap fotografi tak pernah pudar. Baru-baru ini, tempat saya bekerja mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Jadi, apa lagi, ini peluang saya untuk mengasah mata saya supaya tidak berkarat. Jadi, di bawah ini saya paparkan gambar-gambar yang telah saya ambil sepanjang sambutan Maulidur Rasul yang telah berlangsung pada 18 Februari 2011.

Senjata yang digunakan: Canon EOS 1000D + Sigma 24-70mm F2.8