Thursday, July 26, 2012

"One Light vs Many Lights" Seminar by Joe McNally & Zack Arias in Malaysia

Assalamualaikum.

Ok, hari ni saya bukan nak post tentang 'Gambar Minggu Ini', tetapi saya nak bercerita tentang hal lain. Jika berpandukan kepada tajuk post ni, pada hari Ahad ini bersamaan 29 Julai 2012, saya akan menyertai seminar ini secara PERCUMA! Ye, betul, secara PERCUMA!!! Alhamdulillah, sudah menjadi rezeki saya apabila saya berjaya memenangi satu tiket ke seminar ini setelah menyertai peraduan di dalam majalah Digital SLR. Saya tak sangka langsung saya akan menang pertandingan ni, yelah, saya mungkin bersaing dengan berjuta rakyat Malaysia yang berebut-rebut mahu memenangi pertandingan ini. Dah lama rasanya saya tak menang apa-apa peraduan yang saya sertai ini.

Jika anda semua nak tahu, Joe McNally dan Zack Arias ini merupakan pakar pencahayaan (lighting) dalam bidang fotografi. Mereka merupakan jurufoto yang cukup terkenal dan disegani di peringkat antarabangsa. Walaubagaimanapun, mereka berdua mempunyai pendapat yang berbeza tentang pencahayaan ini. Bagi Joe McNally, beliau kerap menggunakan lampu (tidak kira sama ada flash atau studio strobe) dengan banyak untuk melakukan kerja-kerjanya. Berbanding dengan Zack Arias, beliau kerap bergantung pada satu lampu sahaja sebagai sumber pencahayaan untuk menjalankan kerja-kerja beliau.

Kedatangan mereka berdua ini cukup bermakna bagi penggemar-penggemar fotografi kerana mereka dua memiliki ilmu yang istimewa dan unik. Atas sebab itulah saya begitu bersemangat untuk menyertai peraduan ini dan akhirnya saya terpilih juga untuk menyertai seminar ini (walaupun tak dapat hadiah utama, iaitu bengkel fotografi Zack Arias dan Joe McNally saya tetap rasa seronok). Walaupun sehari sahaja saya akan bersama dengan mereka, saya akan cuba menimba sebanyak mungkin ilmu dari mereka, yelah, bukan senang nak tengok mereka berdua ni datang ke Malaysia. Semoga dengan menyertai seminar ini, saya mampu menggapai impian saya iaitu untuk menjadi JURUFOTO YANG BERKUALITI!


Kesemua gambar ini di ambil dari : http://zackarias.com/


Kesemua gambar ini di ambil dari : http://www.joemcnally.com