Wednesday, May 25, 2011

Sibuk Bukan Penghalang

Assalamualaikum.

Huh, sibuk betul saya minggu ni. Peluang nak rehat tu betul-betul kurang sampai saya diserang selesema. Nasib baik selesema biasa-biasa saja, kalau kena yang luar biasa, lagilah haru. Kerja berlambak-berlambak perlu disiapkan, belum sempat habis satu kerja, datang kerja baru. Tapi takpe, saya anggap itu sebagai suatu perkara yang positif dalam melatih saya menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang (walaupun Pak Lah dah tak jadi menteri, tapi pernyataan ini masih lagi relevan bagi saya).
Oklah, saya nak sambung kerja balik, sebelum tu saya tinggalkan anda sekeping gambar yang saya ambil semasa majlis perkahwinan saudara Hanif dan isterinya, Liyana, di Ipoh pada 21 Mei 2011.


 Terima kasih saya hendak ucapkan kepada Hanif dan Liyana sekeluarga kerana memilih saya untuk menjadi jurugambar majlis perkahwinan anda berdua. Tahniah diucapkan kepada anda berdua dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat hendaknya...

p/s: InsyaAllah saya akan tambah gambar-gambar majlis ini nanti ye. Harap bersabar ye...

Saturday, May 14, 2011

Tugasan Pertama

Assalamualaikum.

Mula-mula sekali saya nak panjatkan kesyukuran kepada Illahi sebab masih diberi kesempatan untuk menulis entri terbaru ini. Minta maaf la kepada semua ye sebab saya lambat untuk mengemaskini blog ini. Kesibukkan menyiapkan tugasan pertama saya menyebabkan berlaku kelewatan ini.

Pada 7 Mei 2011 yang lepas, saya telah berjaya melaksanakan tugasan saya yang pertama. Pelanggan untuk tugasan ini adalah rakan sekerja saya di mana anak beliau yang baru pulang dari India melangsungkan perkahwinan. Anak lelakinya yang bernama Jauhari (Joe) telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya iaitu Hazwani (Wani) yang berasal dari Banting, Selangor. Kedua-dua pasangan mempelai ini merupakan pemegang ijazah perubatan dari salah sebuah universiti di India.

Terima kasih saya ucapkan kepada Abang Bob atau nama sebenarnya Mustapha sebab percaya kepada saya untuk menangkap gambar majlis perkahwinan anaknya ini. Memang meriah gila! Dengan warna tema emas, habis emas semua majlis. Inilah pengalaman pertama saya melakukan tugasan mengambil gambar ini. Terima kasih juga kepada Encik Wan Azmin (http://wan-words.blogspot.com/) kerana kesudiannya menemani saya sepanjang majlis ini. Tanpanya, maka tidak akan terhasillah foto-foto yang akan saya lampirkan di bawah.

Rasanya, cukuplah saya berceloteh sampai di sini. Jom kita ramai-ramai hayati foto-foto di bawah ini.




Monday, May 2, 2011

Selamat Hari Pekerja

Assalamualaikum.

Alhamdulillah saya masih diberikan kesempatan oleh Illahi untuk menulis di dalam blog ini lagi. Pada hari ini, seperti semua sedia maklum, kita bercuti sempena menyambut hari pekerja. Hari pekerja adalah hari yang diraikan untuk menghargai kerja-kerja para pekerja yang sudah bertungkus-lumus melakukan tugasan mereka. Jadi, satu hari cuti diberikan agar kita semua dapat merehatkan diri dan meluangkan masa mungkin bersama keluarga, rakan-rakan ataupun melakukan sesuatu yang sudah lama tertangguh.

Sempena cuti hari pekerja ini, ingin saya kongsikan beberapa keping gambar yang saya ambil semasa majlis pertunangan adik ipar saya yang berlangsung pada 30 April yang lalu. Semua gambar yang diambil hanyalah menggunakan peralatan Canon EOS 1000D, Speedlite 430 EX II dan kit lens 18-55mm sahaja. Jadi, jom kita ramai-ramai lihat gambar-gambar ini dan enjoy!