Thursday, July 26, 2012

"One Light vs Many Lights" Seminar by Joe McNally & Zack Arias in Malaysia

Assalamualaikum.

Ok, hari ni saya bukan nak post tentang 'Gambar Minggu Ini', tetapi saya nak bercerita tentang hal lain. Jika berpandukan kepada tajuk post ni, pada hari Ahad ini bersamaan 29 Julai 2012, saya akan menyertai seminar ini secara PERCUMA! Ye, betul, secara PERCUMA!!! Alhamdulillah, sudah menjadi rezeki saya apabila saya berjaya memenangi satu tiket ke seminar ini setelah menyertai peraduan di dalam majalah Digital SLR. Saya tak sangka langsung saya akan menang pertandingan ni, yelah, saya mungkin bersaing dengan berjuta rakyat Malaysia yang berebut-rebut mahu memenangi pertandingan ini. Dah lama rasanya saya tak menang apa-apa peraduan yang saya sertai ini.

Jika anda semua nak tahu, Joe McNally dan Zack Arias ini merupakan pakar pencahayaan (lighting) dalam bidang fotografi. Mereka merupakan jurufoto yang cukup terkenal dan disegani di peringkat antarabangsa. Walaubagaimanapun, mereka berdua mempunyai pendapat yang berbeza tentang pencahayaan ini. Bagi Joe McNally, beliau kerap menggunakan lampu (tidak kira sama ada flash atau studio strobe) dengan banyak untuk melakukan kerja-kerjanya. Berbanding dengan Zack Arias, beliau kerap bergantung pada satu lampu sahaja sebagai sumber pencahayaan untuk menjalankan kerja-kerja beliau.

Kedatangan mereka berdua ini cukup bermakna bagi penggemar-penggemar fotografi kerana mereka dua memiliki ilmu yang istimewa dan unik. Atas sebab itulah saya begitu bersemangat untuk menyertai peraduan ini dan akhirnya saya terpilih juga untuk menyertai seminar ini (walaupun tak dapat hadiah utama, iaitu bengkel fotografi Zack Arias dan Joe McNally saya tetap rasa seronok). Walaupun sehari sahaja saya akan bersama dengan mereka, saya akan cuba menimba sebanyak mungkin ilmu dari mereka, yelah, bukan senang nak tengok mereka berdua ni datang ke Malaysia. Semoga dengan menyertai seminar ini, saya mampu menggapai impian saya iaitu untuk menjadi JURUFOTO YANG BERKUALITI!


Kesemua gambar ini di ambil dari : http://zackarias.com/


Kesemua gambar ini di ambil dari : http://www.joemcnally.com

Monday, June 11, 2012

Thursday, May 24, 2012

Gambar minggu #9



A new baby is like the beginning of all things-wonder, hope, a dream of possibilities.
- Eda J. Le Shan -

Saturday, May 19, 2012

Gambar minggu #8


“Then I thought, boy, isn't that just typical? You wait and wait and wait for something, and then when it happens, you feel sad.” 
- Sharon Creech, Absolutely Normal Chaos -

Friday, March 16, 2012

Nor Zara Qaisara

Assalamualaikum

Setelah 9 bulan menunggu, akhirnya anak saya telah selamat dilahirkan pada 12 Mac 2012 jam 10.08 pagi. Alhamdulillah, dengan berat 2.9 kg, anak saya berada dalam keadaan yang sihat dan selamat termasuklah ibunya. Lega dan seronok rasanya apabila melihat anak saya berjaya dilahirkan dengan selamat. Tak tahu dah nak cakap apa lagi, jom kita layan gambar-gambar di bawah ini... Enjoice!



Friday, March 9, 2012

Gambar minggu #6


Assalamualaikum.

Tak ada apa sangat saya nak ceritakan tentang gambar ini. Lagipun sebelum ini saya pernah letakkan gambar anak buah saya ni beberapa bulan lepas. Cuma kali ini saya tampilkan dia sekali lagi dengan menggunakan teknik editing yang baru sahaja saya belajar. Mungkin hasilnya tak seberapa, tapi saya cuma sekadar mahu berkongsi dengan anda semua. So, enjoy!

p/s: sedang berdebar menanti kehadiran anak sulung...:-)

Monday, February 27, 2012

Gambar minggu ini #5 (Strobist)






Assalamualaikum.

Foto-foto kali ini saya gunakan teknik strobist. Lama dah tak guna teknik ni. Dua gambar yang di atas tu adalah seld potrait. Amacam? Nampak macam film star tak? Hahaha!

Yang selebihnya pula adalah foto-foto yang saya ambil semasa menguruskan satu projek untuk Majlis Perwakilan Pelajar IKM Lumut. Jadi, ini adalah antara pelajar-pelajar yang menjadi ahli dalam majlis perwakilan ini.

Jadi, apa lagi, tengok-tengoklah gambar-gambar ni sampai puas ye! :-)

Thursday, February 23, 2012

Pakej-Pakej Fotografi Perkahwinan 2012

Assalamualaikum.

Ya 'Aziz,

Ya Jabbar,

Ya Mutakabbir

Pakej Gangsa (Bajet):
  • 1 x sticky album
  • 114 x 4R
  • 1 x DVD all picutre
  • 2 x (8"x12") photo
  • FREE 1 X (8"x12") photo
  • FREE 1 x FRAME (8"x12")
  • FREE SESI OUTDOOR 
Pakej Perak:
  • 1 x custom album saiz 8"x12" (40 pages)
  • 1 x DVD all picture
  • FREE 2 x (8"x12") photo + 2 x Frame (8"x12")
  • FREE sesi outdoor
Pakej Emas:
  • 1 x custom album saiz 10"x15" (40 pages)
  • 1 x DVD all picture
  • FREE 2 x (8"x12") photo + 2 x Frame (8"x12")
  • FREE Poster Frame (16" x 24")
  • FREE sesi outdoor


*Semua harga yang ditawarkan ini adalah untuk 1 majlis sahaja. Jika ada tambahan, harga adalah berbeza.

Saya juga memberi pilihan kepada anda untuk menentukan pakej buatan anda sendiri (jika ada). Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya melalui:
  • email: izwanfotopreneur@gmail.com
  • telefon: 017-4871417 (Izwan)
Namun begitu, di sini, ingin saya ingatkan bahawa, pemilihan anda haruslah berdasarkan kepercayaan dan keyakinan terhadap saya. Dengan keyakinan dan kepercayaan yang diberikan, ia dapat membantu saya menghasilkan karya yang terbaik.

*Khas untuk pelanggan dihormati, anda diminta untuk sertakan sekali maklumat seperti di bawah di dalam email pertanyaan anda ye:
  • Maklumat untuk dihubungi
  • Hari dan tarikh majlis berlangsung
  • Lokasi perkahwinan
  • Idea kasar untuk bajet anda
Kerjasama yang anda berikan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

PILIH SAYA JIKA ANDA PERCAYA.

Sunday, February 19, 2012

Tuesday, February 7, 2012

Maternity Potrait






Assalamualaikum

Ya 'Aziz

Ya Jabbar

Ya Mutakabbir

Apa khabar semua? Mesti semua tengah bercuti kan? Namun begitu, sekejap sahaja berlalu cuti 4 hari ni kan? Masa memang berlalu dengan pantas sekali. Walaubagaimanapun, saya berjaya memanfaatkan cuti 4 hari ini dengan sebaiknya.

Semalam, saya dan isteri sempat melakukan sesi bergambar kami sendiri. Isteri saya sebenarnya yang merancang untuk melakukan sesi ini. Ini kerana dia mahukan kenangan memandang kami akan menyambut kelahiran anak sulung kami bulan 3 nanti. Jadi tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju melakukan sesi bergambar.

Berbekalkan Canon EOS 40D, Prime lens 50mm F1.8 dan tripod, kami menuju ke Taman D.R yang terletak di Ipoh seawal 8 pagi. Waktu sebegini memang adalah waktu terbaik untuk kita mengambil gambar kerana cahaya berada dalam posisi yang baik.

Jadi, saya tak nak cerita panjang, jom kita layan gambar di atas bersama-sama orait!

Saturday, February 4, 2012

Cerita Minggu Ini #3 (Gantikan Foto Minggu Ini)

"Peluang perniagaan itu tetap ada walau di mana kita berada. Kita juga jangan terlalu cepat membuat penilaian bahawa tiada sesiapa yang akan membeli produk kita atau menggunakan perkhidmatan kita selagi kita belum cuba memasarkannya. Cuba pasarkannya dulu, usaha sebaik mungkin, dan berdoalah kepada Tuhan, kemudian dari situ barulah kita boleh menilai sama ada perniagaan kita dapat diterima orang ramai atau tidak. Permintaan tetap ada di luar sana, cuma kita yang perlu berusaha untuk mencarinya."

Sebenarnya ini adalah nasihat untuk saya sendiri. Nasihat untuk memastikan saya tidak akan berputus asa dalam perniagaan fotografi ini. Semoga saya tabah dan kuat menghadapi segala cabaran dalam perniagaan ini.

Friday, January 20, 2012

Foto Minggu Ini #1

"Part of the secret of a success in life is to eat what you 
like and let the food fight it out inside"
Mark Twain

Thursday, January 12, 2012

Cute little baby

Assalamualaikum.

Hari ni saya bersemangat waja sikit, jadi nak update dua kali la. Hahaha...:-)

Majlis Pertunangan

Assalamualaikum.

Sekali lagi saya terlambat untuk muat naik gambar-gambar yang sudah saya ambil pada tahun lepas. Foto-foto di bawah ini ialah semasa Majlis Pertunangan Hanis dan Diana yang diadakan di Seri Iskandar pada 26 Disember 2011. 

Apa yang menariknya tentang Hanis dan Diana ini ialah, pada awalnya mereka tidak bercadang untuk mengupah jurugambar mengambil gambar majlis pertunangan mereka. Namun begitu pada saat-saat akhir mereka bersepakat untuk mengupah jurugambar mengambil gambar majlis pertunangan mereka. Mungkin sudah rezeki, saya dipertemukan dengan mereka yang akhirnya menjadi jurugambar untuk majlis pertunangan ini.

Apa yang saya boleh katakan tentang pasangan ini ialah mereka berdua adalah pasangan yang sangat ceria dan susah nak berhenti ketawa. Perkara ini telah menyebabkan saya mudah untuk berurusan dengan mereka. Kerja saya juga bertambah seronok apabila mendapat pelanggan sebegini rupa. 

Cukuplah setakat ini saya bercerita, apa kata kita layan dulu foto-foto di bawah ok...







Wednesday, January 4, 2012

Najib & Eida 2011

Assalamualaikum.

Lama betul saya tak update blog ni. Kalau diibaratkan seperti rumah, memang dah bersawang teruk ni. Kat lantai pun mesti penuh dengan sayap kelkatu sebab tak disapu. Hahaha! Maaflah ye sebab lama tak mengisi ruang kosong di sini, ini semua gara-gara kerja hakiki yang perlu diselesaikan segera sebelum tahun 2012 menjelma.

Tapi sekarang 2012 sudahpun hadir. Selamat tahun baru kepada semua pembaca ye. Harap-harap tahun ni anda semua akan menjadi lebih berjaya dalam hidup masing-masing dan paling penting jangan lupa memohon keberkatan daripada Allah sebab Dia yang beri kita rezeki.

Alhamdulillah, tanpa disangka pada akhir tahun 2011, saya mendapat job yang boleh dikatakan job penutup tahun 2011 saya. Tak sangka, dah setahun saya berkecimpung dalam dunia perniagaan fotografi ini. Pada 24hb Disember 2011, kawan saya telah tawarkan satu job kepada saya untuk mengambil gambar majlis perkahwinan abangnya. Jadi tanpa ragu-ragu saya terus bersetuju untuk mengambil tawaran tersebut. Jadi di bawah ini saya paparkan beberapa keping gambar semasa majlis tersebut berlangsung.