Showing posts with label potrait. Show all posts
Showing posts with label potrait. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

Gambar minggu #8


“Then I thought, boy, isn't that just typical? You wait and wait and wait for something, and then when it happens, you feel sad.” 
- Sharon Creech, Absolutely Normal Chaos -

Tuesday, February 7, 2012

Maternity Potrait






Assalamualaikum

Ya 'Aziz

Ya Jabbar

Ya Mutakabbir

Apa khabar semua? Mesti semua tengah bercuti kan? Namun begitu, sekejap sahaja berlalu cuti 4 hari ni kan? Masa memang berlalu dengan pantas sekali. Walaubagaimanapun, saya berjaya memanfaatkan cuti 4 hari ini dengan sebaiknya.

Semalam, saya dan isteri sempat melakukan sesi bergambar kami sendiri. Isteri saya sebenarnya yang merancang untuk melakukan sesi ini. Ini kerana dia mahukan kenangan memandang kami akan menyambut kelahiran anak sulung kami bulan 3 nanti. Jadi tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju melakukan sesi bergambar.

Berbekalkan Canon EOS 40D, Prime lens 50mm F1.8 dan tripod, kami menuju ke Taman D.R yang terletak di Ipoh seawal 8 pagi. Waktu sebegini memang adalah waktu terbaik untuk kita mengambil gambar kerana cahaya berada dalam posisi yang baik.

Jadi, saya tak nak cerita panjang, jom kita layan gambar di atas bersama-sama orait!

Tuesday, November 22, 2011

Indahnya Dunia Kanak-kanak!


Assalamualaikum.

Sekali lagi, disebabkan urusan kerja yang begitu banyak, saya seolah-olah terlupa yang saya memiliki sebuah blog untuk hobi fotografi saya.

Jadi, pada kesempatan yang ada ini, saya telahpun memasukkan gambar-gambar terkini yang saya perolehi semasa Hari Raya Aidiladha yang lepas. Jadi, jangan buang masa, jom kita sama-sama layan gambar-gambar di atas ok! :-)

Jikalau ada dikalangan pembaca ingin bergambar seperti ini, anda bolehlah hubungi saya. InsyaAllah saya dapat membantu memenuhi hasrat anda. Hubungi saya di talian 017-4871417 (Izwan).

Monday, February 7, 2011

Kelantan - Street, landscape and potrait photography

Pada Gong Xi Fatt Chai yang lepas, aku dan family aku pergi melancong ke negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu negeri Kelantan. Kami sekeluarga menyangkakan tidak ramai orang yang akan berada di Kelantan, tetapi kami silap besar apabila mendapati banyak hotel yang sudah full house. Ish, tak sangka betul! Mujur kami ada jumpa hotel yang masih ada bilik kosong. Syukurrr! Sepanjang berada di Kelantan, sempatlah juga aku shoot beberapa gambar. Kali ini, gambar-gambar aku akan aku sertakan bersama kata-kata hikmah. Tapi kata-kata hikmah ni bukan aku yang cakap ok, ada orang lain punya, aku cuma letak ikut kesesuaian gambar je.

Senjata aku: Canon 1000D + Sigma 24-70mm F2.8 = Photo

"Be wise with speed; a fool at forty is a fool indeed."

Edward Young

 "Anyone who says they have only one life to live must not know how to read a book."

~Author Unknown

"Seeing is not always believing."

Martin Luther King, Jr.

 
"A forest of these trees is a spectacle too much for one man to see."

David Douglas

 Kata-kata Pujangga:

“Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.”