Sunday, February 20, 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.


Walaupun ketiadaan job untuk mengambil gambar-gambar perkahwinan, tetapi minat saya terhadap fotografi tak pernah pudar. Baru-baru ini, tempat saya bekerja mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Jadi, apa lagi, ini peluang saya untuk mengasah mata saya supaya tidak berkarat. Jadi, di bawah ini saya paparkan gambar-gambar yang telah saya ambil sepanjang sambutan Maulidur Rasul yang telah berlangsung pada 18 Februari 2011.

Senjata yang digunakan: Canon EOS 1000D + Sigma 24-70mm F2.8






No comments:

Post a Comment