Friday, April 22, 2011

Menguasai Pasaran Setempat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk mengemaskini blog saya ini. Syukur juga kehadrat Illah kerana dengan limpah kurniaNya saya masih bertenaga dan mampu untuk menulis sesuatu untuk menghidupkan blog saya ini yang dikhaskan untuk perniagaan dan seni fotografi saya.

Untuk entri kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang perkara yang saya bualkan bersama rakan sekerja saya. Rakan saya ini ada menyatakan bahawa sebelum kita hendak menguasai pasaran yang luas atau dalam erti kata lain pasaran sedunia, kita mestilah bermula dari tempat kita tinggal.

Katakanlah seperti saya (sudah tentulah perlu gunakan saya sebagai contoh sebab ini blog saya kan? Hahaha!), baru memasuki bidang perniagaan fotografi, maka saya perlu hebahkan kepada penduduk di seluruh Seri Iskandar bahawa saya ada menyediakan perkhidmatan fotografi. Jadi, saya perlu melakukan pelbagai jenis promosi untuk memastikan penduduk di sekitar Seri Iskandar sedar kewujudan saya.

Mungkin saya akan gunakan risalah-risalah, memasang banner, laman web atau apa-apa cara jua sekalipun (pastikan cara yang elok la ye) asalkan saya dapat hebahkan kepada penduduk Seri Iskandar bahawa saya ada menyediakan perkhidmatan fotografi. Oleh itu, apabila para penduduk Seri Iskandar sudah mula sedar akan kewujudan saya, maka strategi pemasaran saya boleh dikatakan berjaya.

Biarlah kita bermula secara kecil, asalkan kita dapat menimba ilmu dan pengalaman secara berperingkat. Tidak ada benda di dalam dunia ini yang secara tiba-tiba boleh membesar. Bangunan setinggi KLCC pun tetap bermula dari sekecil konkrit. Begitu juga dengan kita. Jadi, apa lagi kawan-kawan, ayuh kita mulakan promosi kita untuk menghebahkan kepada penduduk sekitar perumahan kita bahawa kita sudah memulakan sebuah perniagaan. Ayuh!

No comments:

Post a Comment