Monday, February 14, 2011

Percubaan Merekabentuk Custom Album

Sekarang, sudah semakin ramai yang berminat untuk mendapatkan custom album gambar-gambar perkahwinan mereka. Hal ini kerana, custom album memberikan hasil yang baik dan berkualiti tinggi serta tahan lasak dan tahan lama berbanding sticky album. Custom album juga memberi kebebasan kepada pereka album untuk mereka rekabentuk ataupun susunan gambar-gambar di dalam album tersebut.

Jadi, aku juga perlu tak terlepas dalam merekabentuk custom album aku sendiri agar aku dapat memenuhi permintaan bakal pelanggan (mestilah bakal sebab aku tak pernah ada pelanggan lagi.hahaha!). Jadi, di bawah ni, aku letakkan sebarang dua contoh rekabentuk custom album aku. Ini semua adalah hasil rekaan aku sendiri. Aku berpegang kepada prinsip 'simple yet interesting' dalam menghasilkan custom album ini. InsyaAllah, aku akan tambahkan lagi contoh-contoh rekabentuk custom album aku ye.




Kesemua rekabentuk custom album ni berukuran 8 inci x 24 inci (1 mukasurat bersamaan 8 inci x 12 inci). Seperti biasa, harap anda semua sudi memberikan sebarang komen yang boleh membantu aku mengubahsuai rekabentuk custom album aku ni untuk menjadi lebih menarik.

No comments:

Post a Comment