Friday, April 22, 2011

Menguasai Pasaran Setempat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk mengemaskini blog saya ini. Syukur juga kehadrat Illah kerana dengan limpah kurniaNya saya masih bertenaga dan mampu untuk menulis sesuatu untuk menghidupkan blog saya ini yang dikhaskan untuk perniagaan dan seni fotografi saya.

Untuk entri kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang perkara yang saya bualkan bersama rakan sekerja saya. Rakan saya ini ada menyatakan bahawa sebelum kita hendak menguasai pasaran yang luas atau dalam erti kata lain pasaran sedunia, kita mestilah bermula dari tempat kita tinggal.

Katakanlah seperti saya (sudah tentulah perlu gunakan saya sebagai contoh sebab ini blog saya kan? Hahaha!), baru memasuki bidang perniagaan fotografi, maka saya perlu hebahkan kepada penduduk di seluruh Seri Iskandar bahawa saya ada menyediakan perkhidmatan fotografi. Jadi, saya perlu melakukan pelbagai jenis promosi untuk memastikan penduduk di sekitar Seri Iskandar sedar kewujudan saya.

Mungkin saya akan gunakan risalah-risalah, memasang banner, laman web atau apa-apa cara jua sekalipun (pastikan cara yang elok la ye) asalkan saya dapat hebahkan kepada penduduk Seri Iskandar bahawa saya ada menyediakan perkhidmatan fotografi. Oleh itu, apabila para penduduk Seri Iskandar sudah mula sedar akan kewujudan saya, maka strategi pemasaran saya boleh dikatakan berjaya.

Biarlah kita bermula secara kecil, asalkan kita dapat menimba ilmu dan pengalaman secara berperingkat. Tidak ada benda di dalam dunia ini yang secara tiba-tiba boleh membesar. Bangunan setinggi KLCC pun tetap bermula dari sekecil konkrit. Begitu juga dengan kita. Jadi, apa lagi kawan-kawan, ayuh kita mulakan promosi kita untuk menghebahkan kepada penduduk sekitar perumahan kita bahawa kita sudah memulakan sebuah perniagaan. Ayuh!

Tuesday, April 19, 2011

CLS (Cahaya Lagi Sedap) Gua Tempurung

Assalamualaikum.

Belum sempat saya nak paparkan kesemua gambar jamuan makan malam (seperti yang tertera di entri di bawah) saya perlu mengikuti satu rombongan ke Gua Tempurung di mana saya bertugas sebagai guru pengiring. Peh, lama juga saya dah tak berkhemah ni, risau juga kalau-kalau skil pasang khemah saya dah tak berapa nak hebat, malu depan pelajar nanti.

Ini juga merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke Gua Tempurung ni. Sebelum ni setakat dengar nama sahaja, tapi kini saya dah sampai ke sini. Banyak aktiviti yang dilakukan sepanjang berlangsungnya sesi perkhemahan ini. Tidak lupa juga aktiviti bergambar. Jika diikutkan, memang banyak gambar yang saya ambil, cuma untuk entri ini saya letakkan 6 keping gambar sahaja untuk tatapan semua. 

Senjata yang digunakan: Canon EOS 1000D + Kit lens 18-55mm + Speedlite 430 EX II




Untuk gambar di bawah ini, lokasinya bukan di Gua Tempurung ye, tetapi bertempat di hadapan sebuah kedai di pekan Gopeng.



Kesemua gambar ini saya shoot menggunakan kit lens sahaja. Saya juga bersyukur sebab saya tak jual kit lens. Kit lens ni memang terbaiklah bagi saya. Hasilnya memang tip top! Jadi, kepada anda semua yang ada kit lens tu, janganlah pergi jual sebab nak beli lens baru. Kit lens tu memang lens yang terbaik untuk camera kita.

Wednesday, April 13, 2011

Potrait Makan Malam

Assalamualaikum. Rasa macam lama saja saya tak letak gambar kat sini. Yelah, sibuk dengan kerja-kerja sikit kan (alasan basi dah ni!). Namun begitu, baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri satu jamuan makan malam yang diadakan oleh jabatan saya. Saya juga telah dilantik sebagai Official Photographer untuk majlis ini. Dengan bantuan tiang lampu berpayung (lighting stand + umbrella) yang saya pinjam, dapatlah membantu saya menghasilkan gambar yang nampak menarik, bagi sayalah ye. Jika sebelum ini asyik bounce lampu flash ke siling, kini saya lalukan lampu flash saya menembusi payung yang dipinjam. Alhamdulillah menjadi juga hasilnya. Jadi, di bawah, saya letakkan beberapa keping gambar hasil menggunakan teknik lampu berpayung!


Untuk permulaan saya letak dua gambar dulu ye. Minta maaf la pasal sikit sangat ye, ni gara-gara kelajuan internet teramatlah perlahan. Tapi jangan risau, nanti saya tambah lagi. Apa-apahal, nikmati dahulu dua keping gambar dua jejaka idaman ini ye!