Wednesday, March 23, 2011

Majalah Tepak Sireh

Assalamualaikum.

Lama rasanya tak kemaskini blog saya ni. Bukannya apa, minggu lepas saya agak sibuk berjuang demi tempat kerja saya yang tercinta. Habis hitam terbakar muka saya. Mujur dapat juga nombor tiga dalam pertandingan bola sepak. Puas hati jugalah dapat pingat gangsa walaupun ramai beranggapan bahawa pasukan saya tidak mampu memenangi sebarang piala. Hahaha!

Pulang saja dari kejohanan sukan tersebut, saya meminta cuti 1 hari sebab badan memang tak larat sangat nak turun kerja. Habis sengal sengal satu badan. Jadi, saya habiskan masa duduk berehat di rumah. Tapi, duduk di rumah tanpa buat apa apa jadi bosan juga. Maka, saya ambil keputusan keluar rumah mencari makanan. Selesai beli makanan, saya singgah di sebuah kedai untuk melihat sebarang majalah yang boleh dibeli. Akhirnya setelah membelek beberapa buah majalah termasuk majalah Hai dan Mangga (confirm saya takkan beli!hahaha!), saya membeli majalah ini.


Majalah Tepak Sireh kini dalam siri kelapan keluarannya. Sebelum ini, saya tak pernah tersedar akan majalah ini, kebetulan ternampak saya terus beli. Lebih lebih lagi ia mungkin dapat membantu saya dalam bidang fotografi ini.

Setelah membelek belek isi di dalam majalah ini, saya dapati banyak perkara perlu diperbaiki. Saya berkata di sini atas dasar sebagai pembaca dan bukan jurufoto handalan, hal ini kerana pengisian majalah ini masih lagi kurang. Info info yang ada di dalam majalah ini perlu ditambah lagi agar ia sesuai dengan gelarannya iaitu 'Majalah Fotografi Perkahwinan No 1 Malaysia'. Susunan di dalam majalah ini juga perlu diperbaiki agar tampak lebih menarik dan teratur. Artikel tentang jurufoto juga perlulah diolah dengan baik, tepat dan padat dan jangalah terlalu ringkas.

Walaubagaimanapun, Majalah Tepak Sireh ini tetap membantu sesiapa sahaja yang berminat dalam fotografi perkahwinan untuk menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam membantu diri menjadi jurufoto yang baik ataupun yang terbaik.

No comments:

Post a Comment