Wednesday, April 13, 2011

Potrait Makan Malam

Assalamualaikum. Rasa macam lama saja saya tak letak gambar kat sini. Yelah, sibuk dengan kerja-kerja sikit kan (alasan basi dah ni!). Namun begitu, baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri satu jamuan makan malam yang diadakan oleh jabatan saya. Saya juga telah dilantik sebagai Official Photographer untuk majlis ini. Dengan bantuan tiang lampu berpayung (lighting stand + umbrella) yang saya pinjam, dapatlah membantu saya menghasilkan gambar yang nampak menarik, bagi sayalah ye. Jika sebelum ini asyik bounce lampu flash ke siling, kini saya lalukan lampu flash saya menembusi payung yang dipinjam. Alhamdulillah menjadi juga hasilnya. Jadi, di bawah, saya letakkan beberapa keping gambar hasil menggunakan teknik lampu berpayung!


Untuk permulaan saya letak dua gambar dulu ye. Minta maaf la pasal sikit sangat ye, ni gara-gara kelajuan internet teramatlah perlahan. Tapi jangan risau, nanti saya tambah lagi. Apa-apahal, nikmati dahulu dua keping gambar dua jejaka idaman ini ye!

Wednesday, April 6, 2011

Hitam bukan putih. Namun, bila bergabung ia menjadi seni.




Tiada sebarang ungkapan ataupun kata-kata yang dapat disampaikan pada hari ini. Cuma beberapa keping gambar sahaja yang dapat saya berikan untuk tatapan anda semua. Silalah lihat dan rasai perasaannya.

Friday, April 1, 2011

Pembangunan Minda Usahawan

Assalamualaikum.

Dah masuk 1 April hari ni ye. Tak sangka, cepat betul masa berlalu. Saya juga rasa yang saya dah lama tak kemaskini blog ini dengan maklumat terbaru. Ini gara-gara saya sibuk mengikuti kursus pembangunan usahawan di Sungai Petani, Kedah bermula dari 28 Mac sehingga 31 Mac. Jadi, untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang ilmu yang saya perolehi sepanjang mengikuti kursus ini.

Kursus ini dinamakan Kursus Pembangunan Minda Usahawan yang dijalankan oleh Syarikat Wise Consortium. Kursus yang dijalankan selama 4 hari betul-betul membantu saya dalam mengenali dan mendalami alam keusahawanan ini. Selama 4 hari yang lalu juga saya dapati bahawa penceramah kursus ini cukup menekankan MATLAMAT yang kita hendak capai apabila berniaga. Setiap hari pasti penceramah tidak lupa untuk mengingatkan kami agar menetapkan MATLAMAT yang jelas bila menjalankan sesebuah perniagaan.

MATLAMAT yang jelas merupakan elemen yang sangat penting apabila kita mahu memulakan sesebuah perniagaan. Apa yang kita mahukan? Apa yang kita inginkan? Apa yang kita sasarkan? Segala-galanya perlu jelas agar kita mampu memandu perniagaan kita untuk mencapai destinasinya.

MATLAMAT yang tidak jelas ibarat kita menaiki bas tetapi tidak tahu hendak turun di mana. Akhirnya, kita akan sampai semula ke tempat permulaan. 

Dengan memiliki MATLAMAT yang jelas, kita akan melakukan persediaan ataupun cara-cara serta langkah-langkah untuk mencapai MATLAMAT perniagaan kita. Dengan adanya persediaan, perjalanan perniagaan kita akan menjadi lebih sistematik yang dapat membantu melancarkan lagi perniagaan kita. MATLAMAT yang jelas dapat memudahkan kita mengenalpasti sebarang kelemahan atau kekuatan yang wujud di dalam perniagaan kita.

Kesimpulannya, apa yang mahu saya sampaikan di sini ialah, kita mestilah menetapkan MATLAMAT di dalam perniagaan yang kita jalankan. Pastikan MATLAMAT yang kita tetapkan itu spesifik, boleh diukur, boleh dicapai, realistik dan ada batas waktu. Penetapan MATLAMAT adalah sesuatu yang baik bukan sahaja untuk perniagaan malah untuk diri kita sendiri juga.

InsyaAllah jika ada masa yang lain, saya akan kongsikan lagi ilmu yang saya perolehi sepanjang mengikuti Kursus Pembangunan Minda Usahawan ini.