Showing posts with label usahawan. Show all posts
Showing posts with label usahawan. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

Cerita Minggu Ini #3 (Gantikan Foto Minggu Ini)

"Peluang perniagaan itu tetap ada walau di mana kita berada. Kita juga jangan terlalu cepat membuat penilaian bahawa tiada sesiapa yang akan membeli produk kita atau menggunakan perkhidmatan kita selagi kita belum cuba memasarkannya. Cuba pasarkannya dulu, usaha sebaik mungkin, dan berdoalah kepada Tuhan, kemudian dari situ barulah kita boleh menilai sama ada perniagaan kita dapat diterima orang ramai atau tidak. Permintaan tetap ada di luar sana, cuma kita yang perlu berusaha untuk mencarinya."

Sebenarnya ini adalah nasihat untuk saya sendiri. Nasihat untuk memastikan saya tidak akan berputus asa dalam perniagaan fotografi ini. Semoga saya tabah dan kuat menghadapi segala cabaran dalam perniagaan ini.

Tuesday, July 26, 2011

Usahawan Berjaya

Assalamualaikum. Dah lama rasanya saya tak kemaskini blog saya ni. Kesibukan masa menyebabkan saya ketandusan idea untuk menulis di sini. Alhamdulillah, Tuhan masih tak hadkan ilham-ilham saya untuk terus menulis di sini, dan hasilnya pada hari ini saya mampu untuk kemaskini blog ini.

Memang betul orang cakap, membaca dapat meluaskan pengetahuan. Hasil pembelian majalah SME, dan hasil pembacaan saya akhirnya saya mendapat idea untuk bercerita tentang sesuatu perkara di dalam blog ini. Namun begitu, cerita ini bukanlah 100% hakmilik saya, cuma saya rasakan ia boleh dikongsi bersama.

Artikel ini dihasilkan oleh Lloyd Abria Luna, seorang pakar motivasi bertaraf antarabangsa, penulis personaliti televisyen, penasihat dan usahawan internet. Dia ada penulis tetap untuk kolum di dalam The Manila Times. Artikel ini menceritakan tentang mitos yang setiap orang mahu percaya sedangkan ia tidaklah benar seperti apa yang dikatakan.

Duit diperlukan untuk menghasilkan duit.
Mengikut pengalaman Llyod, seseorang itu tidak perlu menggunakan duit hasil kerja kerasnya untuk memulakan perniagaan. Sebaliknya, ia cuma perlukan kuasa memujuk atau mempengaruhi seseorang untuk melaburkan duit di dalam idea bisnes mereka.

Mitos 'duit diperlukan untuk menghasilkan duit' telah dijadikan sebagai alasan berbanding menjadikannya sebagai satu cabaran. Ramai orang mudah berkata, "Saya tak boleh mulakan perniagaan tanpa modal." Ini adalah pernyataan bagi orang yang mudah putus asa, bukan usahawan berjaya. Ia sepatutnya berbunyi begini, "Saya ada satu idea perniagaan. Bagaimana saya mahu memulakannya?"

Sebenarnya idea yang diperlukan untuk mewujudkan sesebuah perniagaan. Duit adalah perkara terakhir yang perlu kita bimbangkan. Apabila kita memiliki idea yang bagus, maka peluang untuk kita menarik perhatian orang lain untuk membantu kita adalah tinggi.

Walaubagaimanapun, kita harus ingat ia bukanlah semudah yang kita sangka. Sebagai usahawan yang baru bermula, kita akan berhadapan dengan pelbagai halangan dan dugaan. Kita akan berhadapan dengan penolakan. Kewujudan pihak antagonis. Kewujudan orang yang memusnahkan semangat. Kewujudan orang-orang yang skeptikal dan sebagainya.

Kita perlu mengambil ijazah sarjana untuk menjadi pakar.
Anda sebenarnya tidak perlu belajar sampai ke universiti untuk mewujudkan, mengukuhkan dan mengekalkan perniagaan anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah memerhati, mendengar dan bertanya. Tetapi, dengan tindakan yang mudah ini, kita boleh membina sistem maklumat yang boleh kita gunakan bila-bila masa.

Apa yang kita belajar semasa universiti tidak semuanya akan digunakan di dalam dunia perniagaan. Kita memerlukan pemahaman yang meluas tentang keseluruhan ekosistem perniagaan yang ingin kita masuki sebelum kita bermula atau mengembangkannya. Kebanyakan proses pemahaman ini tidak dapat diajar oleh profesor di universiti, tetapi dipelajari melalui pengalaman sebenar yang kita lalui.

Kemampuan kita untuk mempelajari tentang sesuatu perniagaan janganlah dihadkan melalui buku-buku yang kita baca atau tesis yang perlu kita habiskan, kita perlu belajar daripada pengalaman kita. Kita mestilah berterusan melibatkan diri di dalam proses ini. Kita juga perlu berusaha keras untuk menyempurnakan sistem ini walaupun kita sedia maklum bahawa tiada satu pun model bisnes yang sempurna yang kita boleh gunakan.

Banyak idea-idea perniagaan tidak datang dari universiti. Ia datang dari bilik tidur, meja makan dan bermacam-macam lagi tempat yang tidak dijangka.

Jika mereka boleh, saya pasti boleh.
Hal ini tidak benar. Apa yang usahawan lain buat tidak boleh ditukar ganti. Kejayaan sesuatu perniagaan adalah bergantung sepenuhnya kepada diri kita.

Kebanyakkan orang mewarisi perniagaan hanya untuk meningkatkan keuntungan berlipat kali ganda. Kejayaan perniagaan ibu bapa tidak boleh dipindah milik. Selain itu, terdapat juga pepatah mengatakan "Generasi pertama membina, kedua berseronok, ketiga merosakkan." Walaupun ini bukanlah kebenaran yang hakiki, namun ia adalah kebenaran yang mungkin patut kita pertimbangkan.
Walaupun mungkin ada yang berjaya di dalam perniagaan melalui cara meniru segala proses dan perlaksanaan yang dibuat oleh orang lain, namun kita tidak boleh selamanya meniru apa yang orang lain buat. Ia bukanlah idea yang bagus untuk terus mengikut apa yang usahawan lain lakukan.

Jadi, ia adalah cabaran kepada kita untuk berinovasi. Apa yang orang lain lakukan, jadikanlah ia sebagai rujukan untuk projek kita yang akan datang. Kita telah diberi peluang untuk mencipta laluan kita sendiri yang akan mendahului orang lain di dalam sesuatu persaingan. Tetapi, jika kita hanya mengikut trend dan seiring dengan persaingan maka kita ada harapan untuk tewas dalam perniagaan.

Jika kita mencipta persaingan kita sendiri dengan kita yang mendahuluinya melalui perniagaan yang inovatif, maka kita akan punyai banyak faedah.

Tiada jaminan.
Perniagaan adalah sesuatu perkara yang tiada jaminan. Kita sentiasa boleh memulakannya, atau mewarisinya, atau menguruskannya tetapi akhirnya perniagaan kita hanya boleh jadi sebaik kepercayaan kita terhadapnya dan juga penggunaan strategi yang bagus dalam perniagaan kita.

p/s: Maaf ye tuan-tuan dan puan-puan. Untuk kali ini tiada gambar-gambar terkini yang dapat dikongsikan. Hanya idea sahaja yang ada untuk jadi tatapan anda semua...:-)

Saturday, January 1, 2011

Posting Pertama

Langkah pertama untuk bergelar usahawan, iaitu, menerbitkan blog sendiri.


Langkah kedua pula, hmm...tambahkan keyakinan dalam diri. 2011 adalah tahun untuk membuat perubahan. Aku perlu keluar dari kepompong diri aku yang lama. Perlu ada anjakan paradigma. Aku juga perlu berani, berani untuk melakukan apa sahaja walaupun berisiko (tapi risiko yang yang sudah diambil kira la ye).

Aku tak boleh buat remeh benda-benda ni, aku kena buat bersungguh-sungguh. Aku taknak digelar 'hangat-hangat tahi ayam'. Kalau gelaran itu melekat kepada aku, memang malu rasanya. Jadi, benda ini akan bermula sekarang, iaitu satu haribulan satu dua ribu sebelas.
Ayuh!