Sunday, February 19, 2012

Gambar minggu ini #4



p/s : Kamera saya 'menggigil' kesejukkan kerana untuk mengambil gambar ini saya terpaksa berdiri dalam hujan. Memang cabaran.

Tuesday, February 7, 2012

Maternity Potrait






Assalamualaikum

Ya 'Aziz

Ya Jabbar

Ya Mutakabbir

Apa khabar semua? Mesti semua tengah bercuti kan? Namun begitu, sekejap sahaja berlalu cuti 4 hari ni kan? Masa memang berlalu dengan pantas sekali. Walaubagaimanapun, saya berjaya memanfaatkan cuti 4 hari ini dengan sebaiknya.

Semalam, saya dan isteri sempat melakukan sesi bergambar kami sendiri. Isteri saya sebenarnya yang merancang untuk melakukan sesi ini. Ini kerana dia mahukan kenangan memandang kami akan menyambut kelahiran anak sulung kami bulan 3 nanti. Jadi tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju melakukan sesi bergambar.

Berbekalkan Canon EOS 40D, Prime lens 50mm F1.8 dan tripod, kami menuju ke Taman D.R yang terletak di Ipoh seawal 8 pagi. Waktu sebegini memang adalah waktu terbaik untuk kita mengambil gambar kerana cahaya berada dalam posisi yang baik.

Jadi, saya tak nak cerita panjang, jom kita layan gambar di atas bersama-sama orait!

Saturday, February 4, 2012

Cerita Minggu Ini #3 (Gantikan Foto Minggu Ini)

"Peluang perniagaan itu tetap ada walau di mana kita berada. Kita juga jangan terlalu cepat membuat penilaian bahawa tiada sesiapa yang akan membeli produk kita atau menggunakan perkhidmatan kita selagi kita belum cuba memasarkannya. Cuba pasarkannya dulu, usaha sebaik mungkin, dan berdoalah kepada Tuhan, kemudian dari situ barulah kita boleh menilai sama ada perniagaan kita dapat diterima orang ramai atau tidak. Permintaan tetap ada di luar sana, cuma kita yang perlu berusaha untuk mencarinya."

Sebenarnya ini adalah nasihat untuk saya sendiri. Nasihat untuk memastikan saya tidak akan berputus asa dalam perniagaan fotografi ini. Semoga saya tabah dan kuat menghadapi segala cabaran dalam perniagaan ini.