Showing posts with label perak. Show all posts
Showing posts with label perak. Show all posts

Monday, June 11, 2012

Sunday, February 19, 2012

Gambar minggu ini #4



p/s : Kamera saya 'menggigil' kesejukkan kerana untuk mengambil gambar ini saya terpaksa berdiri dalam hujan. Memang cabaran.

Thursday, January 12, 2012

Majlis Pertunangan

Assalamualaikum.

Sekali lagi saya terlambat untuk muat naik gambar-gambar yang sudah saya ambil pada tahun lepas. Foto-foto di bawah ini ialah semasa Majlis Pertunangan Hanis dan Diana yang diadakan di Seri Iskandar pada 26 Disember 2011. 

Apa yang menariknya tentang Hanis dan Diana ini ialah, pada awalnya mereka tidak bercadang untuk mengupah jurugambar mengambil gambar majlis pertunangan mereka. Namun begitu pada saat-saat akhir mereka bersepakat untuk mengupah jurugambar mengambil gambar majlis pertunangan mereka. Mungkin sudah rezeki, saya dipertemukan dengan mereka yang akhirnya menjadi jurugambar untuk majlis pertunangan ini.

Apa yang saya boleh katakan tentang pasangan ini ialah mereka berdua adalah pasangan yang sangat ceria dan susah nak berhenti ketawa. Perkara ini telah menyebabkan saya mudah untuk berurusan dengan mereka. Kerja saya juga bertambah seronok apabila mendapat pelanggan sebegini rupa. 

Cukuplah setakat ini saya bercerita, apa kata kita layan dulu foto-foto di bawah ok...







Wednesday, January 4, 2012

Najib & Eida 2011

Assalamualaikum.

Lama betul saya tak update blog ni. Kalau diibaratkan seperti rumah, memang dah bersawang teruk ni. Kat lantai pun mesti penuh dengan sayap kelkatu sebab tak disapu. Hahaha! Maaflah ye sebab lama tak mengisi ruang kosong di sini, ini semua gara-gara kerja hakiki yang perlu diselesaikan segera sebelum tahun 2012 menjelma.

Tapi sekarang 2012 sudahpun hadir. Selamat tahun baru kepada semua pembaca ye. Harap-harap tahun ni anda semua akan menjadi lebih berjaya dalam hidup masing-masing dan paling penting jangan lupa memohon keberkatan daripada Allah sebab Dia yang beri kita rezeki.

Alhamdulillah, tanpa disangka pada akhir tahun 2011, saya mendapat job yang boleh dikatakan job penutup tahun 2011 saya. Tak sangka, dah setahun saya berkecimpung dalam dunia perniagaan fotografi ini. Pada 24hb Disember 2011, kawan saya telah tawarkan satu job kepada saya untuk mengambil gambar majlis perkahwinan abangnya. Jadi tanpa ragu-ragu saya terus bersetuju untuk mengambil tawaran tersebut. Jadi di bawah ini saya paparkan beberapa keping gambar semasa majlis tersebut berlangsung.





Monday, September 19, 2011

Promosi Gila-Gila 2011


Khas buat mereka yang mahukan photoshoot pre wedding tetapi kekurangan bajet. Maka dengan ini Izwan Photopreneur menyediakan kepada anda pakej promosi yang sesuai dengan bajet anda. Hanya dengan Pakej Fotografi Perkahwinan berharga RM 1000.00, anda akan mendapat sesi photoshoot pre wedding secara percuma!

Untuk Pakej Fotografi Perkahwinan ini, anda akan dapat:

1 x custom album (8 x 12)
1 x sticky album
72 x 4R
2 x 8R
1 x DVD (semua gambar)
FREE 1 x 8R (berserta frame)
FREE sesi outdoor

Dan untuk Pakej Pre Wedding Percuma, anda akan dapat:

1 x custom album (8 x 12)
1 x 8R (berserta frame)

Jadi, jangan tunggu lama-lama untuk memutuskan menggunakan perkhidmatan Izwan Photopreneur. Promosi ini adalah untuk masa yang terhad dan anda yang rugi jika anda terlepas. Sila hubungi:

Tel : 017-4871417 (Izwan)
Email : izwanfotopreneur@gmail.com

*Promosi ini sah untuk pelanggan yang akan berkahwin di antara bulan Oktober 2011 sehingga Februari 2012. Hanya untuk pelanggan di sekitar Ipoh, Seri Iskandar dan Lumut sahaja.

Friday, July 1, 2011

Haniff dan Yati - 12 Jun 2011, Shah Alam

Assalamualaikum.

Seminggu selepas saya mengambil gambar untuk majlis perkahwinan pasangan mempelai ini di Sungai Petani, saya bergerak pula ke Shah Alam untuk majlis persandingan pihak lelaki pula. Jadi, boleh dikatakan pada minggu itu adalah minggu sibuk saya. Tapi tak mengapa, walaupun sibuk, saya seronok melakukan kerja-kerja yang saya minat.

Majlis persandingan sebelah lelaki ini berlangsung dalam suasana yang agak meriah, para hadirin memang ramai betul. Ditambah lagi dengan kumpulan nyanyian ghazal yang menyanyikan lagu-lagu siulan masa kini antaranya ialah lagu dendangan Maher Zain. Fuhh!

Jadi, tanpa membuang masa, saya rasa cukup sampai di sini saja saya berceloteh. Jom layan gambar-gambar di bawah ni dulu...







p/s: Nantikan promosi terbaru Izwan Photopreneur ye...

Saturday, May 14, 2011

Tugasan Pertama

Assalamualaikum.

Mula-mula sekali saya nak panjatkan kesyukuran kepada Illahi sebab masih diberi kesempatan untuk menulis entri terbaru ini. Minta maaf la kepada semua ye sebab saya lambat untuk mengemaskini blog ini. Kesibukkan menyiapkan tugasan pertama saya menyebabkan berlaku kelewatan ini.

Pada 7 Mei 2011 yang lepas, saya telah berjaya melaksanakan tugasan saya yang pertama. Pelanggan untuk tugasan ini adalah rakan sekerja saya di mana anak beliau yang baru pulang dari India melangsungkan perkahwinan. Anak lelakinya yang bernama Jauhari (Joe) telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya iaitu Hazwani (Wani) yang berasal dari Banting, Selangor. Kedua-dua pasangan mempelai ini merupakan pemegang ijazah perubatan dari salah sebuah universiti di India.

Terima kasih saya ucapkan kepada Abang Bob atau nama sebenarnya Mustapha sebab percaya kepada saya untuk menangkap gambar majlis perkahwinan anaknya ini. Memang meriah gila! Dengan warna tema emas, habis emas semua majlis. Inilah pengalaman pertama saya melakukan tugasan mengambil gambar ini. Terima kasih juga kepada Encik Wan Azmin (http://wan-words.blogspot.com/) kerana kesudiannya menemani saya sepanjang majlis ini. Tanpanya, maka tidak akan terhasillah foto-foto yang akan saya lampirkan di bawah.

Rasanya, cukuplah saya berceloteh sampai di sini. Jom kita ramai-ramai hayati foto-foto di bawah ini.




Friday, April 22, 2011

Menguasai Pasaran Setempat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk mengemaskini blog saya ini. Syukur juga kehadrat Illah kerana dengan limpah kurniaNya saya masih bertenaga dan mampu untuk menulis sesuatu untuk menghidupkan blog saya ini yang dikhaskan untuk perniagaan dan seni fotografi saya.

Untuk entri kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang perkara yang saya bualkan bersama rakan sekerja saya. Rakan saya ini ada menyatakan bahawa sebelum kita hendak menguasai pasaran yang luas atau dalam erti kata lain pasaran sedunia, kita mestilah bermula dari tempat kita tinggal.

Katakanlah seperti saya (sudah tentulah perlu gunakan saya sebagai contoh sebab ini blog saya kan? Hahaha!), baru memasuki bidang perniagaan fotografi, maka saya perlu hebahkan kepada penduduk di seluruh Seri Iskandar bahawa saya ada menyediakan perkhidmatan fotografi. Jadi, saya perlu melakukan pelbagai jenis promosi untuk memastikan penduduk di sekitar Seri Iskandar sedar kewujudan saya.

Mungkin saya akan gunakan risalah-risalah, memasang banner, laman web atau apa-apa cara jua sekalipun (pastikan cara yang elok la ye) asalkan saya dapat hebahkan kepada penduduk Seri Iskandar bahawa saya ada menyediakan perkhidmatan fotografi. Oleh itu, apabila para penduduk Seri Iskandar sudah mula sedar akan kewujudan saya, maka strategi pemasaran saya boleh dikatakan berjaya.

Biarlah kita bermula secara kecil, asalkan kita dapat menimba ilmu dan pengalaman secara berperingkat. Tidak ada benda di dalam dunia ini yang secara tiba-tiba boleh membesar. Bangunan setinggi KLCC pun tetap bermula dari sekecil konkrit. Begitu juga dengan kita. Jadi, apa lagi kawan-kawan, ayuh kita mulakan promosi kita untuk menghebahkan kepada penduduk sekitar perumahan kita bahawa kita sudah memulakan sebuah perniagaan. Ayuh!