Monday, February 28, 2011

Priceless Model

Baru-baru ini saya telah melawat I-City, sebuah taman yang dipenuhi dengan cahaya-cahaya menarik yang berwarna-warni. Kesempatan balik ke kampung saya gunakan untuk mengunjungi taman ini. Rugi rasanya jika berada di sini tetapi tidak mengambil sebarang foto. Maka dengan ini, saya telah meminta model saya iaitu model yang paling mahal di dunia. Naomi Campbell pun tak boleh fight bayaran dengan model ini. Model yang dimaksudkan ialah isteri saya sendiri. Hahaha! Harga kasih sayang seorang isteri itu sememangnya tiada tandingan.

Senjata yang digunakan: Canon EOS 1000D + 50mm F1.8


Friday, February 25, 2011

Percubaan Vintage Editing

Hari Jumaat, hari yang mulia ni, saya tengah bercuti, keseorangan di rumah. Wife pergi kerja, tapi saya saja minta cuti pasal nak balik kampung. Kampung jauh, kenalah simpan tenaga. Wife takpe, dia tak drive nanti, kerja dia tidur je dalam kereta. Hahaha! Jadi, bila seorang diri kat rumah ni, saya cuba belajar untuk edit gambar cara vintage/classic. Tanpa membuang masa, saya terus mencari tutorial photoshop untuk mencuba cara ini, dan di bawah adalah hasilnya.




Jikalau kamu semua nak belajar tutorial ni, boleh la ke SINI ok.

Sunday, February 20, 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.


Walaupun ketiadaan job untuk mengambil gambar-gambar perkahwinan, tetapi minat saya terhadap fotografi tak pernah pudar. Baru-baru ini, tempat saya bekerja mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Jadi, apa lagi, ini peluang saya untuk mengasah mata saya supaya tidak berkarat. Jadi, di bawah ini saya paparkan gambar-gambar yang telah saya ambil sepanjang sambutan Maulidur Rasul yang telah berlangsung pada 18 Februari 2011.

Senjata yang digunakan: Canon EOS 1000D + Sigma 24-70mm F2.8