Monday, March 14, 2011

Gambar Hari Ini #1

Assalamualaikum.

Saya kena jadikan update blog saya ni sebagai satu habit agar saya tidak akan lupa mengemaskini blog ini. Maka dengan ini, saya mengambil langkah inisiatif dengan mengadakan satu posting yang bertajuk 'Gambar Hari Ini'. Posting ini diadakan bertujuan untuk membantu saya dalam menjana idea fotografi saya agar saya mampu keluar dengan hasil foto yang lebih kreatif dan menarik. Jadi, untuk hari ini, saya telah pilih satu gambar untuk posting pertama 'Gambar Hari Ini'.


Kenapa saya pilih gambar ini? Ha, ini kerana senyuman yang diberikan oleh cicak ini. Mula-mula saya tak perasan pun yang cicak ni cuba memberikan satu senyuman, tapi, bila saya check semula dalam LCD kamera saya baru saya perasan yang cicak ini rupa-rupanya sudah memberikan satu senyuman yang cukup menawan. Moment seperti ini bukan kita boleh jangka, tanpa disedari sahaja ia boleh berlaku. Dengan matanya yang sepet (sama macam mata saya, hehehe!) dan senyumannya yang melebar, maka gambar ini telah saya pilih untuk posting pertama 'Gambar Hari Ini'.

Wednesday, March 9, 2011

Strobist: Teknik yang baru dipelajari

Pada hari Isnin yang lepas, saya berkesempatan mempelajari teknik baru dalam bidang fotografi ini iaitu teknik strobist. Strobist adalah satu teknik di mana kita akan menggunakan bantuan pencahayaan daripada lampu denyar (speedlite) kita. Sebelum ni saya selalu ambil gambar dengan menggunakan cahaya sedia ada, tetapi kali ini saya inging menampilkan kelainan dalam foto saya. Jadi, di bawah anda boleh lihat hasil-hasil tangkapan saya. Enjoy!

Senjata yang digunakan: Canon EOS 1000D + Sigma 24-70 F2.8 + 2 X Canon speedlite 430 EX II.

Mungkin untuk sesi photoshoot wedding, saya boleh gunakan teknik ini, insyaAllah.

Sunday, March 6, 2011

Makluman Penting

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada bakal-bakal pelanggan saya di luar sana, ingin saya maklumkan bahawasanya saya akan melakukan perubahan kepada pakej-pakej yang saya tawarkan. Hal ini kerana, saya perlu mengemaskini pakej tersebut agar dapat menawarkan sesuatu yang lebih baik untuk anda, iaitu bakal-bakal pelanggan saya. Jadi harap anda semua dapat sabar menanti pengumuman pakej terbaru saya.

Walaubagaimanapun, pakej-pakej lama yang saya tawarkan masih lagi dibuka tawarannya sehinggalah tawaran pakej baru dikeluarkan.